Pendaftaran Ssm
15 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran SSM” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pembelajaran kali ini ialah bersama salah seorang usahawan dalam komuniti yang ingin mendaftarkan perniagaan beliau di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran hanya perlu dilakukan secara atas talian dan proses bayaran juga adalah secara elektronik. Dengan adanya sistem EzBiz, usahawan mudah untuk kemaskini maklumat perniagaan pada bila-bila masa sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: